Tidak diketuai oleh Timbalan Pengarah dan melapor terus kepada Pengarah
Tugas-Tugas:- - Bertanggungjawab ke atas hal ehwal pentadbiran, kewangan dan latihan sumber tenaga manusia;
- Meningkatkan kapasiti sumber tenaga manusia melalui penyertaan menyertai mesyuarat, bengkel dan program dalam dan luar negeri untuk melahirkan kepakaran dan kemahiran dalam pengurusan bencana;
- Mengenalpasti pembekal-pembekal yang berhubungan dengan keperluan yang mungkin digunakan semasa operasi bencana serta membuat perjanjian awal dengan kadar harga serta tempoh pembekalan yang ditetapkan;
- Mengenalpasti program-program khusus yang relevan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat dalam meningkatkan professionalisme;
- Mengurus hal ehwal pembelian keperluan dan memastikan pengawalnya menepati peraturan kewangan;
- Memantau belanjawan (seperti menyediakan kunci kira-kira) berkaitan dengan operasi bencana;
- Menganggarkan, menjejaki dan meluluskan semua perbelanjaan;
- Membuat analisa perbelanjaan dan kos operasi; dan,
- Menyelaras pembiayaan daripada pelbagai sumber.
|