Unit Gerakan - Merancang dan mengadakan latihan amali secara berkala bagi menguji tahap kesiapsiagaan agensi-agensi dalam menghadapi bencana;
- Mengujicuba SOP yang ada bagi memantapkan tindakan operasi bersama;
- Mengumpulkan pengajaran-pengajaran dan latihan-latihan bencana bagi tujuan memantapkan mana-mana SOP;
- Mengenalpasti keperluan latihan berdasarkan pengalaman operasi dan pengajaran semasa latihan bencana;
- Mengurus dan melatih pasukan penilai awal kecemasan;
- Memastikan semua pihak yang terlibat dalam tindakan operasi bersama melaksanakan NaSOP dan SOP masing-masing;
- Memastikan semua pihak yang berkaitan dengan pengurusan bencana menyedia, mengemaskini dan menggunapakai SOP masing-masing dalam bertindak semasa operasi bersama;
- Memastikan semua tindakan operasi berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, dan;
- Menyelaras gerakan pasukan penilai awal tempatan dan luar negeri.
| Unit Kordinasi – Memastikan semua tindakan di tempat kejadian adalah diselaraskan semasa tindakan operasi bersama. – Diantara tugas-tugas adalah seperti berikut:- - Meningkatkan dan memantapkan kesiapsiagaan semua agensi bagi menangani semua jenis bencana;
- Memantau dan mengawal pergerakan aset-aset yang digunakan dalam operasi bencana termasuk sumber tenaga manusia, kenderaan, aset logistik dan sebagainya, serta mangsa dan penduduk yang terjejas;
- Menyediakan sistem inventori dan logistik yang lengkap yang menunjukkan lokasi semasa dari status semua sumber-sumber seterusnya dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Menjangka, menyediakan dan menyelaras keperluan logistik sama ada dalam simpanan Pusat atau pun agensi-agensi untuk dikerahkan semasa tindakan operasi bersama;
- Mengekalkan sistem penyimpanan yang menunjukkan status kedudukan segala aset-aset yang dikerahkan;
- Menyediakan dan mengemaskinikan senarai dan pangkalan data ‘earmarked asset’ Pusat dan juga agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta bagi kegunaan operasi bencana termasuk senarai pakar-pakar; dan,
- Meningkatkan dan memantapkan keupayaan dari segi kelengkapan dan peralatan dan sebagainya supaya langkah-langkah tindakbalas yang diambil adalah selaras serta berkesan.
|