Selasa, 23 Jun 2026 – telah berlangsung Majlis Pembukaan Rasmi Latihan Bencana Kebangsaan Siri Pertama Tahun 2026 (LBK 01/2026) di Bridex Hall, Jerudong.

Latihan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara agensi ke arah meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana.