Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MUDAH ALIH 'SAFETY GUIDE'

melancarkan.jpg

​NDMC telah menghasilkan aplikasi mudah alih 'Safety Guide' bagi mendidik dan memberi panduan asas kepada orang ramai sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang bentuk kecemasan atau bencana.  Pelancaran aplikasi berkenaan telah diadakan semasa Program Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara dan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.


Turut hadir di majlis pelancaran berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan serta para jemputan khas.


Antara isi kandungan aplikasi mudah ahli berkenaan adalah doa menolak bencana, tatacara memberi pertolongan cemas, tindakan-tindakan yang boleh diambil apabila berlaku kecemasan atau bencana, panduan keselamatan kebakaran dan tindakan-tindakan bagi melindungi diri daripada ancaman pengganasan.


Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di Appstore bagi pengguna iOs dan Google Play bagi pengguna Android, malah ia boleh diakses dalam Bahasa Melaui dan Bahasa Inggeris.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan dan dialu-alukan untuk memuat turun aplikasi berkenaan dan mengambil inisiatif masing-masing untuk mempelajari maklumat yang dikongsikan agar menjadi lebih waspada dan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Sejurus selepas melancarkan aplikasi berkenaan, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar juga menyaksikan aktiviti mewarna anjuran NDMC yang disertai oleh kanak-kanak dan seterusnya pihak NDMC juga mengagih-agihkan 'Buku Panduan Asas Kecemasan dan Keselamatan Awam' kepada orang ramai yang berkunjung ke Bandarku Ceria.

Created at 11/02/2017 10:11 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 11/02/2017 10:27 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani