Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

UPACARA PENUTUPAN RASMI ARDEX-16

ARDEX PHOTO SMALL.png

Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Md Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini telah hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan Upacara Penutup bagi ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2016 (ARDEX-16) bertempat di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.


ARDEX-16 telah dianjurkan bersama oleh Negara Brunei Darussalam melalui Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) selama 3 hari mulai 29 November hingga 1 Disember 2016 bertempat di ICC dan Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat di Berakas.


ARDEX-16 merupakan latihan simulasi respon bencana serantau yang bertujuan untuk menguji cuba mekanisme dan tindakan bersepadu ASEAN dalam menangani bencana, selaras dengan ASEAN Standby Arrangements and Standard Operating Procedures (ASEAN SASOP).  ARDEX-16 telah menguji cuba buat pertama kalinya strategi One ASEAN One Response; ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP); Chapter 6 bagi ASEAN SASOP mengenai Facilitation and Utilisation of Military Assets and Capacities; dan peranan Setiausaha Agung ASEAN sebagai ASEAN Humanitarian Assistance Coordinator.  ARDEX-16 juga telah menguji cuba keupayaan dan kapasiti agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menangani bencana.


ARDEX-16 disertai oleh lebih daripada 150 orang peserta dari dalam dan luar negara terdiri dari negara-negara ahli ASEAN; badan-badan serantau dan antarabangsa; dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.


Turut hadir semasa Upacara Penutup bagi ARDEX-16 ialah Yang Mulia Awang Said Faisal, Pengarah Eksekutif AHA Centre; Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.


**TAMAT**

Created at 24/12/2016 17:55 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 27/12/2016 15:42 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani