Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

MENINGKATKAN KESIAPSIAGAAN BELIA-BELIA PELATIH PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA DALAM MENANGANI BENCANA

Screenshot (2).png

​Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) melalui Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dengan kerjasama Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengendalikan Latihan Penyelaras Kesiapsiagaan Bencana Asas (Basic Disaster Preparedness Coordinator) kepada belia-belia yang mengikuti program Khidmat Bakti Negara (PKBN) selama 6 hari bermula hari Isnin, 1 Rejab 1444 bersamaan 13 Januari 2023 hingga hari Sabtu, 6 Rejab 1444 bersamaan 28 Januari 2023 bertempat di Kem Latihan PKBN. Kampong Batu Apoi, Temburong.

Tujuan Latihan Basic DPC adalah untuk memberikan pendedahan kepada belia-belia kususnya kepada pelatih PKBN yang berpotensi menjadi sukarelawan untuk menyumbang khidmat bakti kepada Negara sama ada dari segi tenaga dan buah fikiran dalam pengurusan bencana. Latihan tersebut telah disertai oleh seramai 541 orang pelatih yang terdiri daripada pelatih PKBN pengambilan ke-11.

 Program ini dibahagikan kepada dua sesi, yang mana sesi pertama lebih menjurus kepada classroom based yang dikendalikan oleh NDMC, kHEDN; Jabatan Perkhidmatan teknikal dan Jabatan Saliran dan Pembentungan, Jabatan Kerja Raya; dan Urusetia Perubahan Iklim, Jabatan Perdana Menteri yang antara lain memberikan para pelatih pengetahuan mengenai Pengurusan Bencana di Negara Brunei Darussalam dan risiko serta impak bencana di negara ini. Aktiviti-aktiviti berkumpulan berbentuk Table-Top Exercise - "Tindakan dan bantuan kepada Masyarakat ketika menghadapi bencana dan juga Hazard Mapping Exercise" juga diadakan untuk menguji pengetahuan para pelatih mengenai tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana.

Manakala bagi sesi kedua, para pelatih didedahkan kepada pelbagai latihan simulasi dalam menangani kecemasan yang diadakan diperkarangan Kem Latihantersebut termasuk untuk membuat penilaian keperluan bagi mangsa-mangsa bencana, menangani kecemasan memadam kebakaran dan kecemasan menyelamatkan nyawa (Basic First Aid). Turut terlibatdalam latihan adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, beberapa orang Ahli Brunei Darussalam Red Crescent serta ahli-ahli DPC yang telah diiktiraf selaku fasilitator.

Latihan Basic DPC akan mendokong hasrat Negara Brunei Darussalam dalam menuju ke arah masyarakat yang berdaya tahan melalui peningkatan kesedaran orang ramai terhadap risiko bencana dan peningkatan kesiapsiagaan orang ramai dalam menangani pelbagai jenis bencana dan tindakan yang harus dibuat semasa menghadapi bencana, dan mampu untuk membentuk pelan evakuasi, pelan respon peringkat masyarakat dan sebagainya.

Hadir selaku tetamu kerhormat semasa Majlis Penutup Program dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil penyertaan ialah Yang Mulia Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon, Timbalan Setiasusaha Tetap (keselamatan dan kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Created at 09/02/2023 12:41 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi
Last modified at 09/02/2023 12:41 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi