Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

Mesyuarat Persediaan Bagi Menangani Musim Kemarau

IMG-20190429-WA0017.jpg

Mesyuarat persediaan bagi menangani musim kemarau berlangsung di Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan dipengerusikan oleh Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Pengarah NDMC.

 

Menurut taklimat yang disampaikan oleh pihak Jabatan Kajicuaca mengenai keadaan cuaca sepanjang musim kemarau, Negara Brunei Darussalam dijangka akan mengalami turunan hujan sedikit bawah normal pada bulan Febuari dan Mac.

 

Mesyuarat secara khususnya mengenal pasti langkah persediaan dan siapsiaga agensi-agensi berkenaan bagi menghadapi musim kemarau dan cuaca kering, termasuk kejadian kebakaran hutan dan rumput. Mesyuarat antaralainnya membincangkan persediaan lojistik dan keanggotaan menempuh musim kemarau serta usaha-usaha dalam meningkat kesedaran awam mengenai impak cuaca kering.

 

Turut hadir pelbagai agensi terdiri dari Jabatan-jabatan Daerah, Radio Televisyen Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan (EMAS), Jabatan Perhutanan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kajicuaca, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pusat Nadi Borneo dan Brunei Shell Petroleum.

Created at 29/04/2019 09:43 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi
Last modified at 29/04/2019 10:37 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi