Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PESERTA KURSUS MAKTAB TURUS AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SESI 07/2017

IMG-20170523-WA0035 small.jpg

​NDMC telah menerima satu lawatan sambil belajar pada hari Selasa, 23 Mei 2017 daripada pegawai-pegawai seramai 30 orang yang mengikuti Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi 07/2017.  Pegawai-pegawai adalah terdiri daripada 15 orang pegawai Tentera dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; seorang pegawai daripada Pasukan Polis Diraja Brunei; seorang pegawai daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dan 13 orang pegawai-pegawai tentera daripada luar negeri iaitu daripada Amerika Syarikat; Australia; Bangladesh; Republik Rakyat China; Republik Filipina; India; Indonesia; Malaysia; New Zealand; Oman; Pakistan, Republik Singapura; dan Thailand.


Lawatan kerja ini adalah salah satu aktiviti kurikulum kursus yang dimaksudkan yang bertujuan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta kursus untuk lebih memahami isu-isu dalam negeri, serantau dan antarabangsa dari perspektif strategik pengurusan bencana.  Ia juga bertujuan untuk memperlihatkan dengan lebih dekat lagi kepada peserta-peserta kursus akan situasi negara pada masa ini dalam usaha bagi menjaga dan  memperkukuhkan lagi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam.

Created at 24/05/2017 11:58 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 08/12/2017 14:37 by Mohamad Syazwan Bin Nordin