Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

PROGRAM TAKLIMAT KESELAMATAN AWAM DAN KESELAMATAN KEBAKARAN

IMG-20170523-WA0003 for website.jpg

Program taklimat keselamatan awam dan keselamatan kebakaran  telah dijalankan di Kampong Ayer dengan kerjasama antara Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan Jabatan bomba dan Penyelamat pada hari Isnin hingga Khamis, 22 Mei hingga 25 Mei 2017 pada setiap jam 2 petang.

Program bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan meningkatkan kesiapsiagaan para penduduk Kampong Ayer khususnya dari aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran dengan harapan untuk mengurangkan kadar kejadian kebakaran di Kampong Ayer.

Program adalah disasarkan kepada para penduduk dari 8 buah kampong di Kampong Ayer iaitu Kg Saba Darat 'B', Kg Tamoi Tengah, Kg Burung Pingai Ayer, Kg Sungai Siamas, Kg Setia 'A', Kg Setia 'B', Kg Peramu dan Kg Pengiran Bendahara Lama.

Para penduduk turut diajarkan cara-cara menggunakan pemadam api dan tatacara menyelamatkan diri apabila berlakunya kebakaran.

Created at 23/05/2017 09:38 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 23/05/2017 09:38 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani