Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE-43 DYTM PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI SELAKU PENGERUSI MAJLIS BENCANA KEBANGSAAN

pic 1.png

NDMC telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Ke-43 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan bertempat di Masjid Perpindahan Lambak Kanan, pada hari Khamis, 16 Februari 2017.

 
Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Timbalan Pengerusi (Tetap) Majlis Bencana Kebangsaan.
 
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Jumat dan diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin serta Tahlil yang diketuai oleh Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Awang Khairul Arifin bin Haji Yussop.  Bacaan Dikir Asharaqal dan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Awang Haji Abdul Malik meneruskan majlis itu.
 
Hadir semasa majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon selaku Penghulu Mukim Berakas 'B'; Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku Ketua Kampung Masjid Lama Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan KHEDN.
Created at 23/03/2017 11:34 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 23/03/2017 11:34 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani