MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi telah membuat lawatan kerja ke Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) pada hari Sabtu, 24 Disember 2016.
Lawatan berkenaan adalah bagi mendengarkan taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab NDMC dan seterusnya membincangkan mengenai projek, program dan aktiviti dan kerjasama yang berkaitan antara NDMC dan Kementerian Kesihatan.