TINDAKAN MENGHADAPI BANJIR
APA PERLU DIBUAT
- Ketahui tempat-tempat penempatan sementara.
- Simpan air minum dalam kontena bersih dan bekalan pertolongan kecemasan.
- Simpan dokumen-dokumen penting.
- Sentiasa mengambil maklum melalui radio, televisyen mengenai keadaan cuaca dan amaran banjir.
SEMASA BANJIR
- Pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.
- Jika air semakin naik tolong matikan semua peralatan elektrik.
- Jangan
bermain air banjir kerana kemungkinan ada bahaya seperti sengatan
binatang, penyakit, aliran kejutan elektrik dan sebagainya.
- Jangan cuba menyeberangi sunai atau longkang yang beraliran deras.
- Jika kenderaan terhenti, tinggalkan tempat itu serta-merta dan cari tempat selamat.
- Hubungi 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk meminta bantuan dan ikuti perkembangan terkini.
SESUDAH BANJIR
- Kembali ke rumah apabila sudah diumumkan selamat.
- Jangan terus masuk ke dalam rumah sehingga semuanya dipastikan selamat daripada bahaya.
- Gunakan air bersih.
- Beri bantuan untuk menyusun kembali barang-barang yang dipindahkan.
HINDARI PERKARA BERIKUT:-
- Jangan meminum air banjir.
- Jangan menyentuh mana-mana kabel atau wayar elektrik yang jatuh.
- Jangan dibiarkan kanak-kanak bermain berhampiran longkang atau sungai.
JIKA BISKITA BERADA DI DALAM KENDERAAN
- Berjaga-jaga terhadap tanda-tanda banjir dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa.
- Elakkan memandu ke kawasan jalan yang dilanda banjir jika kurang pasti kedalamannya.
- Jika kenderaan biskita terhenti di kawasan banjir segera tinggalkan dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.
- Jangan memandu melalui air banjir yang deras kerana boleh membahayakan biskita.
- Hubungi 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat atau 993 untuk Pasukan Polis Diraja Brunei jika memerlukan bantuan.
- Beri isyarat kecemasan seperti melambai atau berteriak.
JIKA BERADA DI ATAS JALAN RAYA
- Ikut panduan papan tanda dan amaran paras air banjir.
- Tunggu di tempat tinggi atau tempat tidak ditenggelami air sehingga penyelamat sampai ke tempat kejadian.
- Sila
hubungi 140 untuk Pusat Pemedulian Pelanggan Jabatan Kerja Raya dan 995
untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi melaporkan kejadian banjir.