Assalammualaikum & Salam Sejahtera Yang Mulia Tuan/Puan,
Dengan penuh hormat sukacita memaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bencana
Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sedang menjalankan Kaji Selidik
mengenai Tahap Kesedaran & Persediaan Orang Awam dalam Menghadapi
Bencana di negara ini.
Tujuan Kaji Selidik ialah untuk membantu Pusat Pengurusan Bencana
Kebangsaan bagi mendapatkan maklum balas orang awam (khususnya yang
bermastautin di kawasan2 yang sering berlaku kejadian bencana) tentang
sejauhmana tahap kesedaran, pengetahuan & persiapan orang ramai
dalam menghadapi bencana yang berkemungkinan berlaku di negara ini. Hasil Kaji Selidik tersebut akan menjadi panduan dan rujukan Pusat
Pengurusan Bencana Kebangsaan untuk membuat perancangan mengenai
sebarang program dan inisiatif dimasa akan datang dalam mengukuhkan
kedayatahanan masyarakat bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Pengumpulan maklumat Kaji Selidik akan dijalankan bermula 1 Jun 2019 hingga 31 Ogos 2019.
Sehubungan itu, sukacita memohon kerjasama Tuan/Puan bagi menyertai Kaji Selidik ini melalui pautan berikut:
Kerjasama Tuan/Puan adalah sangat-sangat dihargai & terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.