Mesyuarat persediaan bagi menangani musim
kemarau berlangsung di Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan
dipengerusikan oleh Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran
Haji Said, Pengarah NDMC.
Menurut taklimat yang disampaikan oleh pihak
Jabatan Kajicuaca mengenai keadaan cuaca sepanjang musim kemarau, Negara Brunei
Darussalam dijangka akan mengalami turunan hujan sedikit bawah normal pada
bulan Febuari dan Mac.
Mesyuarat secara khususnya mengenal pasti
langkah persediaan dan siapsiaga agensi-agensi berkenaan bagi menghadapi musim
kemarau dan cuaca kering, termasuk kejadian kebakaran hutan dan rumput. Mesyuarat
antaralainnya membincangkan persediaan lojistik dan keanggotaan menempuh musim
kemarau serta usaha-usaha dalam meningkat kesedaran awam mengenai impak cuaca
kering.
Turut hadir pelbagai agensi terdiri dari
Jabatan-jabatan Daerah, Radio Televisyen Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perkhidmatan
Kecemasan Ambulans Perubatan (EMAS), Jabatan Perhutanan, Jabatan Kerja Raya,
Jabatan Kajicuaca, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pusat Nadi Borneo dan
Brunei Shell Petroleum.