Program taklimat keselamatan awam dan keselamatan kebakaran telah dijalankan di Kampong Ayer dengan kerjasama antara Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan Jabatan bomba dan Penyelamat pada hari Isnin hingga Khamis, 22 Mei hingga 25 Mei 2017 pada setiap jam 2 petang.
Program bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan meningkatkan kesiapsiagaan para penduduk Kampong Ayer khususnya dari aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran dengan harapan untuk mengurangkan kadar kejadian kebakaran di Kampong Ayer.
Program adalah disasarkan kepada para penduduk dari 8 buah kampong di Kampong Ayer iaitu Kg Saba Darat 'B', Kg Tamoi Tengah, Kg Burung Pingai Ayer, Kg Sungai Siamas, Kg Setia 'A', Kg Setia 'B', Kg Peramu dan Kg Pengiran Bendahara Lama.
Para penduduk turut diajarkan cara-cara menggunakan pemadam api dan tatacara menyelamatkan diri apabila berlakunya kebakaran.