Isnin, 6 Julai 2026 – Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan telah menerima Kunjungan Hormat daripada Puan Yang Terutama Eve Lubin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, bersama Leftenan Kolonel Vincent Pairault, Penasihat Perlindungan Awam (Civil Protection Advisor) bagi Rantau Indo-Pasifik pada pagi ini.
Pertemuan substantif ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan mekanisme pengurusan bencana melalui pertukaran ilmu, perkongsian pengalaman berharga, serta penerokaan peluang kerjasama strategik pada masa hadapan. Perkongsian kepakaran global sebegini amat penting dalam membina daya tahan dan kesiapsiagaan yang lebih mampan dan berkesan pada masa hadapan.