Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Perancangan dan Analisa

Dibahagikan kepada dua unit:-
  1. Unit Perancangan dan Analisa I (Disaster Risk Reduction)
  2. Unit Perancangan dan Analisa II (Disaster Planning Scenario) 

Unit Perancangan dan Analisa I

(Disaster Risk Reduction)

  1. Bertanggungjawab keatas hal ehwal penyediaan, pengemaskinian dan perlaksanaan dasar-dasar, rangka kerja, pelan tindakan dan garispandu bagi mencegah dan mengurangkan risiko bencana;
  2. Membentuk program, projek dan aktiviti penggunaan risiko bencana;
  3. Membentuk program-program kesedaran dan pendidikan bagi meningkatkan tahap kesiagaan masyarakat menghadapi bencana;
  4. Menjalankan pendidikan dan perkembangan kaedah terkini pengurangan risiko bencana di pertubuhan serantau dan antarabangsa; dan,
  5. Menjadi ‘focal point’ Negara Brunei Darussalam dalam kerjasama pengurusan bencana diperingkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Unit Perancangan dan Analisa II 

(Disaster Planning Scenario)

  1. Bertanggungjawab ke atas hal ehwal penyediaan Disaster Planning dan membuat penyelidikan ke atas kaedah terkini dalam operasi bencana;
  2. Membantu membuat garispandu arah dasar untuk rancangan bagi operasi bencana;
  3. Menghasilkan dan mengemaskini prosedur tetap operasi;
  4. Berkongsi maklumat dengan semua pihak mengenai dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan bencana;
  5. Merancang, menyelaras, memantau dan juga merebiu aktiviti operasi bencana di peringkat kebangsaan bagi memastikan segala tindakan yang dibuat adalah teratur, cekap dan terselaras mengikut prosedur tetap operasi yang telah ditetapkan; 
  6. Memantau dan menjangka sebarang kemungkinan kejadian bencana;
  7. Menyediakan pelan tindakan kecemasan dan business continuity plan;
  8. Membentuk peraturan dan panduan yang bersesuaian dengan dasar bagi kegunaan berbagai agensi yang terlibat dalam sebarang bencana dan kecemasan;
  9. Membuat penilaian risiko pelbagai bencana (multi-hazard risk assessment) dan seterusnya menghasilkan peta risiko pelbagai bencana (multi-hazard map); dan,
  10. Mengenalpasti, mendokumentasi dan memantau serta mengemaskini kawasan risiko mengikut jenis bencana.