Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Operasi

  • Penghubung dan penyelaras tindakan operasi bersama agensi berkaitan.
  • Bertanggungjawab ke atas Pusat Perintah Bencana (DCC) yang beroperasi 24 jam;
  • Tugas-tugas DCC berasaskan Incident Command System (ICS) sepertimana mengikut NaSOP;
  • Dua fungsi utama:-

Unit Gerakan 

  1. Merancang dan mengadakan latihan amali secara berkala bagi menguji tahap kesiapsiagaan agensi-agensi dalam menghadapi bencana;
  2. Mengujicuba SOP yang ada bagi memantapkan tindakan operasi bersama;
  3. Mengumpulkan pengajaran-pengajaran dan latihan-latihan bencana bagi tujuan memantapkan mana-mana SOP;
  4. Mengenalpasti keperluan latihan berdasarkan pengalaman operasi dan pengajaran semasa latihan bencana;
  5. Mengurus dan melatih pasukan penilai awal kecemasan;
  6. Memastikan semua pihak yang terlibat dalam tindakan operasi bersama melaksanakan NaSOP dan SOP masing-masing;
  7. Memastikan semua pihak yang berkaitan dengan pengurusan bencana menyedia, mengemaskini dan menggunapakai SOP masing-masing dalam bertindak semasa operasi bersama;
  8. Memastikan semua tindakan operasi berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, dan;
  9. Menyelaras gerakan pasukan penilai awal tempatan dan luar negeri.

Unit Kordinasi 

Memastikan semua tindakan di tempat kejadian adalah diselaraskan semasa tindakan operasi bersama. 
Diantara tugas-tugas adalah seperti berikut:-
  1. Meningkatkan dan memantapkan kesiapsiagaan semua agensi bagi menangani semua jenis bencana;
  2. Memantau dan mengawal pergerakan aset-aset yang digunakan dalam operasi bencana termasuk sumber tenaga manusia, kenderaan, aset logistik dan sebagainya, serta mangsa dan penduduk yang terjejas;
  3. Menyediakan sistem inventori dan logistik yang lengkap yang menunjukkan lokasi semasa dari status semua sumber-sumber seterusnya dikemaskini dari semasa ke semasa.
  4. Menjangka, menyediakan dan menyelaras keperluan logistik sama ada dalam simpanan Pusat atau pun agensi-agensi untuk dikerahkan semasa tindakan operasi bersama;
  5. Mengekalkan sistem penyimpanan yang menunjukkan status kedudukan segala aset-aset yang dikerahkan;
  6. Menyediakan dan mengemaskinikan senarai dan pangkalan data ‘earmarked asset’ Pusat dan juga agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta bagi kegunaan operasi bencana termasuk senarai pakar-pakar; dan,
  7. Meningkatkan dan memantapkan keupayaan dari segi kelengkapan dan peralatan dan sebagainya supaya langkah-langkah tindakbalas yang diambil adalah selaras serta berkesan.