Bahagian Perancangan dan Analisa

1. Unit Perancangan dan Analisa I (Disaster Risk Reduction)

2. Unit Perancangan dan Analisa II (Disaster Planning Scenario)

Unit Perancangan dan Analisa I

(Disaster Risk Reduction)

  • Bertanggungjawab keatas hal ehwal penyediaan, pengemaskinian dan perlaksanaan dasar-dasar, rangka kerja, pelan tindakan dan garispandu bagi mencegah dan mengurangkan risiko bencana;
  • Membentuk program, projek dan aktiviti penggunaan risiko bencana;
  • Membentuk program-program kesedaran dan pendidikan bagi meningkatkan tahap kesiagaan masyarakat menghadapi bencana;
  • Menjalankan pendidikan dan perkembangan kaedah terkini pengurangan risiko bencana di pertubuhan serantau dan antarabangsa; dan,
  • Menjadi ‘focal point’ Negara Brunei Darussalam dalam kerjasama pengurusan bencana diperingkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Unit Perancangan dan Analisa II 

(Disaster Planning Scenario)

  • Bertanggungjawab ke atas hal ehwal penyediaan Disaster Planning dan membuat penyelidikan ke atas kaedah terkini dalam operasi bencana;
  • Membantu membuat garispandu arah dasar untuk rancangan bagi operasi bencana;
  • Menghasilkan dan mengemaskini prosedur tetap operasi;
  • Berkongsi maklumat dengan semua pihak mengenai dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan bencana;
  • Merancang, menyelaras, memantau dan juga merebiu aktiviti operasi bencana di peringkat kebangsaan bagi memastikan segala tindakan yang dibuat adalah teratur, cekap dan terselaras mengikut prosedur tetap operasi yang telah ditetapkan; 
  • Memantau dan menjangka sebarang kemungkinan kejadian bencana;
  • Menyediakan pelan tindakan kecemasan dan business continuity plan;
  • Membentuk peraturan dan panduan yang bersesuaian dengan dasar bagi kegunaan berbagai agensi yang terlibat dalam sebarang bencana dan kecemasan;
  • Membuat penilaian risiko pelbagai bencana (multi-hazard risk assessment) dan seterusnya menghasilkan peta risiko pelbagai bencana (multi-hazard map); dan,
  • Mengenalpasti, mendokumentasi dan memantau serta mengemaskini kawasan risiko mengikut jenis bencana.