APA PERLU DIBUAT
- Ketahui tempat-tempat penempatan sementara.
 - Simpan air minum dalam kontena bersih dan bekalan pertolongan kecemasan.
 -  Simpan dokumen-dokumen penting.
 -  Sentiasa mengambil maklum melalui radio, televisyen mengenai keadaan cuaca dan amaran banjir.
 
SEMASA BANJIR
- Pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.
 - Jika air semakin naik tolong matikan semua peralatan elektrik.
 - Jangan bermain air banjir kerana kemungkinan ada bahaya seperti sengatan binatang, penyakit, aliran kejutan elektrik dan sebagainya.
 - Jangan cuba menyeberangi sunai atau longkang yang beraliran deras.
 - Jika kenderaan terhenti, tinggalkan tempat itu serta-merta dan cari tempat selamat.
 - Hubungi 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk meminta bantuan dan ikuti perkembangan terkini.
 
SESUDAH BANJIR
- Kembali ke rumah apabila sudah diumumkan selamat.
 -  Jangan terus masuk ke dalam rumah sehingga semuanya dipastikan selamat daripada bahaya.
 - Gunakan air bersih.
 -  Beri bantuan untuk menyusun kembali barang-barang yang dipindahkan.
 
HINDARI PERKARA BERIKUT:-
- Jangan meminum air banjir.
 - Jangan menyentuh mana-mana kabel atau wayar elektrik yang jatuh.
 - Jangan dibiarkan kanak-kanak bermain berhampiran longkang atau sungai. 
 
JIKA BISKITA BERADA DI DALAM KENDERAAN
- Berjaga-jaga terhadap tanda-tanda banjir dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa.
 - Elakkan memandu ke kawasan jalan yang dilanda banjir jika kurang pasti kedalamannya.
 - Jika kenderaan biskita terhenti di kawasan banjir segera tinggalkan dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat. 
 - Jangan memandu melalui air banjir yang deras kerana boleh membahayakan biskita. 
 - Hubungi 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat atau 993 untuk Pasukan Polis Diraja Brunei jika memerlukan bantuan.
 - Beri isyarat kecemasan seperti melambai atau berteriak.
 
JIKA BERADA DI ATAS JALAN RAYA
- Ikut panduan papan tanda dan amaran paras air banjir.
 - Tunggu di tempat tinggi atau tempat tidak ditenggelami air sehingga penyelamat sampai ke tempat kejadian.
 - Sila hubungi 140 untuk Pusat Pemedulian Pelanggan Jabatan Kerja Raya dan 995 untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi melaporkan kejadian banjir.