Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

UPACARA PEMBUKAAN RASMI ARDEX-16

ARDEX PHOTO SMALL.png

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membuka rasmi ARDEX-16 telah diadakan pada Hari Selasa, 29 November 2016 yang bertempat di Dewan Musyawarah Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.


ARDEX-16 adalah ARDEX kali ke - 6 yang pernah diadakan di ASEAN sejak dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2005.  ARDEX-16 dianjurkan bersama oleh Negara Brunei DArussalam melalui Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) dan dijadualkan berlangsung selama 3 hari mulai 29 November hingga 1 Disember 2016 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa dan Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, di Berakas.


ARDEX-16 merupakan latihan simulasi respon bencana serantau yang bertujuan untuk menguji cuba mekanisme dan tindakan bersepadu ASEAN dalam menangani bencana, selaras dengan ASEAN Standby Arrangements and Standard Operating Procedures (ASEAN SASOP).  ARDEX-16 akan menguji cuba buat pertama kalinya strategi One ASEAN One Response; ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP); Chapter 6 bagi ASEAN SASOP mengenai Facilitation and Utilisation of Military Assets and Capacities; dan peranan Setiausaha Agung ASEAN sebagai ASEAN Humanitarian Assistance Coordinator.  ARDEX-16 juga akan menguji cuba keupayaan dan kapasiti agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menangani bencana.


Upacara pembukaan bagi ARDEX-16 menyaksikan kehadiran Tuan Yang Terutama Le Luong Minh, Setiausaha AGung; Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi ASEAN, dan negara-negara sahabat di Negara Brunei Darussalam; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN; Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.


ARDEX-16 disertai oleh lebih daripada 150 orang peserta dari dalam dan luar negara terdiri dari negara-negara ahli ASEAN; badan-badan serantau dan antarabangsa; dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.


**TAMAT**

Created at 24/12/2016 17:34 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani
Last modified at 27/12/2016 11:37 by Rina Nurhafizah @ Rezza Binti Abd Rani