Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman, Berita Terkini & Siaran Akhbar

Manage PermissionsManage Permissions

KAJISELIDIK MENGENAI DENGAN TAHAP KESEDARAN DAN PERSEDIAAN ORANG AWAM DALAM MENGHADAPI BENCANA

1559538100079.jpg

​Assalammualaikum & Salam Sejahtera Yang Mulia Tuan/Puan,

Dengan penuh hormat sukacita memaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sedang menjalankan Kaji Selidik mengenai Tahap Kesedaran & Persediaan Orang Awam dalam Menghadapi Bencana di negara ini.

Tujuan Kaji Selidik ialah untuk membantu Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan bagi mendapatkan maklum balas orang awam (khususnya yang bermastautin di kawasan2 yang sering berlaku kejadian bencana) tentang sejauhmana tahap kesedaran, pengetahuan & persiapan orang ramai dalam menghadapi bencana yang berkemungkinan berlaku di negara ini. Hasil Kaji Selidik tersebut akan menjadi panduan dan rujukan  Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan untuk membuat perancangan mengenai sebarang program dan inisiatif dimasa akan datang dalam mengukuhkan kedayatahanan masyarakat bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Pengumpulan maklumat Kaji Selidik akan dijalankan bermula 1 Jun 2019 hingga 31 Ogos 2019.

Sehubungan itu, sukacita memohon kerjasama Tuan/Puan bagi menyertai Kaji Selidik ini melalui pautan berikut:

Kerjasama Tuan/Puan adalah sangat-sangat dihargai & terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Created at 03/06/2019 13:48 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi
Last modified at 24/09/2019 13:25 by Abu Mansor Al-Maturidi bin Haji Zabandi